Gunakan iCloud dengan Numbers

iCloud menyimpan hamparan anda dan memastikannya dikemas kini merentas peranti iOS anda, web dan komputer anda, agar anda sentiasa mempunyai versi terbaru, tidak kira peranti apa yang anda gunakan untuk membuat pengeditan terkini anda.

Anda boleh mengedit hamparan Numbers dalam pelayar web dengan menggunakan Numbers untuk iCloud beta pada pelayar web yang disokong daripada Mac atau komputer Windows.

Hamparan yang anda cipta menggunakan Numbers untuk iCloud beta tersedia secara automatik dalam Numbers pada Mac dan peranti iOS anda yang disediakan untuk menggunakan iCloud—dan sebaliknya: jika anda mencipta hamparan menggunakan Numbers pada peranti iOS atau Mac, ia akan tersedia secara automatik di web dalam Numbers untuk iCloud beta.

Untuk bantuan menggunakan Numbers untuk iCloud beta, klik butang Bantuan dalam pengurus hamparan Numbers untuk iCloud beta, kemudian pilih Dapatkan Bantuan. Jika anda bekerja dalam hamparan, pilih Alat > Bantuan.

Sediakan Numbers untuk menggunakan iCloud

  1. Buka Keutamaan Sistem pada Mac anda, kemudian klik iCloud.

  2. Daftar masuk menggunakan Apple ID anda atau minta Apple ID baru, kemudian daftar masuk.

  3. Pilih kotak semak Dokumen & Data, kemudian klik Pilihan.

  4. Pilih kotak semak Numbers, kemudian klik Selesai.

Di bawah ini ialah beberapa perkara yang elok diingati tentang menggunakan iCloud untuk menguruskan hamparan anda merentas peranti:

  • Jika anda mengedit dan menutup hamparan apabila anda tidak bersambung ke Internet, perkataan "Menunggu" muncul di bawah imej kecil hamparan dalam panel Buka. Pada kali seterusnya anda bersambung ke Internet, hamparan yang diedit akan disimpan dalam iCloud.

    Jika anda mengedit hamparan pada lebih daripada satu peranti sebelum menyimpan mana-mana perubahan anda pada iCloud, anda akan menghadapi konflik. Untuk mengelakkan konflik, pastikan pengeditan anda disimpan ke iCloud sebelum mengedit hamparan yang sama pada peranti lain. Jika anda menghadapi konflik, anda boleh memilih untuk mengekalkan sebarang atau semua hamparan yang anda edit.

  • Jika anda memadamkan hamparan, ia dipadamkan daripada iCloud dan daripada Numbers pada semua peranti anda.

  • Jika anda menyusun hamparan anda ke dalam folder pada satu peranti, anda akan melihat susunan folder yang sama pada semua peranti anda.

  • Sekiranya anda mengubah tajuk hamparan pada satu peranti, tajuknya berubah pada semua peranti anda.

  • Jika anda menambah kata laluan pada hamparan anda pada satu peranti, anda perlu memasukkan kata laluan untuk membuka hamparan pada semua peranti anda.

  • Untuk berkongsi hamparan di iCloud, anda perlu menyimpan hamparan di iCloud.