Kongsi dan edit hamparan dalam iCloud

Jika anda menyimpan hamparan anda dalam iCloud, anda boleh berkongsi pautan kepadanya di pelayar yang disokong pada komputer Mac atau Windows dan melihat semua perubahan yang dibuat oleh orang lain. Secara lalai, orang lain boleh mengedit hamparan, tetapi anda boleh menukar keizinan agar hanya mereka boleh melihatnya.

Jika anda mahu mengehadkan akses kepada hamparan anda, anda boleh menambah kata laluan padanya.

Kongsi hamparan di iCloud

Jika anda menyimpan hamparan ke iCloud, anda boleh berkongsi pautan kepadanya melalui Mail, Mesej, Twitter dan Facebook.

Untuk berkongsi dengan Mail, Mesej, Twitter atau Facebook, anda perlu menyediakan akaun tersebut pada Mac anda; pergi ke Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet.

  1. Klik Kongsi Butang Kongsi dalam bar alat.

  2. Klik Lihat Seting Perkongsian, kemudian lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Setkan keizinan: Pilih Benarkan Pengeditan daripada menu pop timbul Keizinan jika anda mahukan penerima pautan berupaya mengedit hamparan. Pilih Lihat Sahaja jika anda mahu penerima berupaya untuk membaca, tetapi tidak mengedit hamparan.

    • Setkan kata laluan: Klik Tambah Kata Laluan untuk memerlukan kata laluan bagi membuka hamparan. Masukkan maklumat kata laluan yang diminta, kemudian klik Setkan Kata Laluan. Anda—dan orang lain yang anda berkongsi hamparan—perlu memasukkan kata laluan untuk membukanya.

      Nota: Jika hamparan telah mempunyai kata laluan, anda akan nampak butang Tukar Kata Laluan. Kata laluan sedia ada digunakan pada hamparan apabila anda berkongsinya; anda tidak perlu menukarnya melainkan anda mahu.

  3. Klik Kongsi Hamparan.

    Jika anda masih belum mengalihkan hamparan anda ke iCloud, anda boleh berbuat demikian dalam dialog yang muncul.

  4. Klik Hantar Pautan, kemudian pilih E-mel, Mesej, Twitter atau Facebook

  5. Masukkan maklumat yang diminta.

    Pautan penuh muncul dalam kandungan e-mel, tweet atau siaran—pastikan anda tidak memadamkannya atau mengubahsuainya. Anda juga boleh menyalin pautan dan berkongsinya dengan menggunakan aplikasi lain.

Sebarang pengeditan lanjutan yang anda buat pada hamparan selepas anda mengongsinya akan kelihatan kepada penerima pautan.

Lindungi hamparan yang dikongsi dengan kata laluan

Jika hamparan anda telah dikongsi, anda masih boleh menambah kata laluan padanya. Pastikan anda memaklumkan kolaborator mengenai kata laluan tersebut agar mereka boleh membuka hamparan tersebut.

  1. Pilih Fail > Setkan Kata Laluan (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian masukkan kata laluan ke dalam medan Kata Laluan.

  2. Masukkan maklumat yang diminta.

    Pilih kotak semak jika anda mahu menambah kata laluan pada rantai kunci anda.

  3. Klik Setkan Kata Laluan.

Untuk menukar atau mengeluarkan kata laluan, pilih Fail > Tukar Kata Laluan.

Tukar keizinan untuk hamparan yang dikongsi

Anda boleh menukar sama ada dokumen dikongsi boleh diedit atau hanya dapat dilihat.

  1. Klik Kongsi Butang Dikongsi dalam bar alat, kemudian pilih Lihat Seting Perkongsian.

  2. Pilih pilihan dari menu pop timbul Keizinan, kemudian klik Tutup.

Hantar semula pautan hamparan

Anda boleh berkongsi pautan hamparan seberapa banyak kali anda inginkan.

  1. Klik Kongsi Butang Dikongsi dalam bar alat, kemudian pilih Lihat Seting Perkongsian.

  2. Klik Hantar Pautan, kemudian pilih E-mel, Mesej, Twitter atau Facebook.

  3. Masukkan maklumat yang diminta (contohnya, alamat e-mel atau akaun Twitter).

    Pautan penuh muncul dalam kandungan e-mel, tweet atau siaran—pastikan anda tidak memadamkannya atau mengubahsuainya.

Salin pautan hamparan

Anda boleh menyalin pautan ke hamparan anda dan kemudian berkongsinya dengan menampalnya di mana-mana sahaja anda mahukan, seperti dalam e-mel atau Twitter atau Facebook.

  • Klik Kongsi Butang Dikongsi dalam bar alat, pilih Kongsi Pautan melalui iCloud, kemudian pilih Salin Pautan.

Pautan disalin ke papan klip komputer anda agar anda boleh menampalnya di tempat lain.

Untuk menampal, letakkan titik pemasukan di tempat anda mahu pautan tersebut muncul, kemudian pilih Edit > Tampal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda).

Nyahaktifkan perkongsian iCloud untuk hamparan

  1. Klik Kongsi Butang Dikongsi dalam bar alat, kemudian pilih Lihat Seting Perkongsian.

  2. Klik Henti Berkongsi di bawah anak tetingkap.

Pautan hamparan anda tidak berubah apabila anda berhenti berkongsi. Jika anda memilih untuk berkongsi hamparan anda sekali lagi, gunakan pautan yang sama.