Gunakan iTunes untuk memindahkan hamparan

Anda boleh menggunakan iTunes pada komputer anda untuk memindahkan hamparan terus antara iPad, iPhone atau iPod touch anda dan komputer anda. Ini berguna untuk memindahkan hamparan apabila anda tidak menggunakan iCloud.

Pindahkan hamparan dari komputer anda

  1. Sambungkan peranti iOS anda ke komputer anda, kemudian buka iTunes dalam komputer anda. Selepas seketika, peranti iOS anda muncul di sebelah kanan bar alat iTunes.

  2. Dalam iTunes, pilih peranti iOS anda, kemudian klik Aplikasi.

  3. Skrol ke bahagian bawah tetingkap Aplikasi, kemudian pilih Numbers (dalam senarai Aplikasi di bawah Perkongsian Fail).

  4. Klik Tambah, pilih fail, kemudian klik Buka.

  5. Buka Numbers pada peranti iOS anda.

  6. Dalam pengurus hamparan, ketik Butang tambah, kemudian ketik Salin daripada iTunes.

  7. Ketik hamparan.

    Hamparan dimuat turun ke peranti iOS anda dan muncul dalam pengurus hamparan.

Numbers boleh membuka hamparan yang disimpan menggunakan beberapa jenis penyulitan fail yang terdapat dalam Microsoft Office ’97 atau yang lebih baharu. Sekiranya anda tidak boleh membuka hamparan Microsoft Excel yang disulitkan, cuba ubah jenis penyulitan atau pilihan penyulitan yang digunakan, kemudian simpan ia sekali lagi sebelum membukanya dalam Numbers.

Pindahkan hamparan ke komputer anda

  1. Daripada iPad anda, buka hamparan, ketik Butang Kongsi (atau Butang Dikongsi jika anda telah berkongsi pautan ke hamparan di iCloud), kemudian ketik Hantar Salinan.

    Daripada iPhone atau iPod touch anda, ketik Butang Alat, ketik Kongsi dan Cetak, kemudian ketik Hantar Salinan.

  2. Ketik iTunes, kemudian ketik format hamparan yang anda mahu eksport: Numbers, PDF, Excel atau CSV.

  3. Sambungkan peranti iOS anda ke komputer anda (atau gunakan Penyelarasan Wi-Fi iTunes) dan buka iTunes pada komputer anda. Selepas seketika, peranti iOS anda muncul di sebelah kanan bar alat iTunes.

  4. Dalam iTunes, pilih peranti iOS anda, kemudian klik Aplikasi (dalam bar atas bersebelahan Ringkasan).

  5. Skrol ke bahagian bawah tetingkap Aplikasi, kemudian pilih Numbers (dalam senarai Aplikasi di bawah Perkongsian Fail).

  6. Pilih hamparan, klik Simpan pada, pilih lokasi, kemudian klik Simpan pada.