Tambah dan padamkan carta

Anda boleh memaparkan data anda menggunakan carta 2D, 3D dan carta interaktif.

Dalam Numbers, anda tidak dapat menaip data terus ke dalam carta kosong; tetapi, data carta datang daripada jadual yang telah mempunyai data.

Terdapat dua cara untuk mencipta carta. Anda boleh menambah carta kosong, kemudian memilih sel jadual dengan data yang anda mahu gunakan. Atau, anda boleh memilih sel jadual dahulu, kemudian mencipta carta yang memaparkan data. Tidak kira cara yang anda gunakan, apabila anda menukar data dalam jadual, carta dikemas kini secara automatik.

Anda boleh mengimport hamparan dengan carta daripada Microsoft Excel. Dalam Numbers, carta mungkin tidak kelihatan betul-betul seperti yang ia muncul dalam Excel, tetapi data yang dipaparkan adalah sama.

Petua: Untuk melihat contoh jenis carta berlainan, terokai templat Asas Pencartaan dalam Numbers. Pilih Fail > Baru (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian klik Asas Pencartaan daripada kategori templat Asas. Setiap helaian mengandungi jenis carta berlainan.

Cipta carta baru dan kemudian tambah data

  1. Klik Carta dalam bar alat, kemudian pilih jenis carta; klik tab di bahagian atas menu pop timbul untuk melihat pilihan carta 2D, 3D atau interaktif.

    Jika anda menambah carta 3D, anda melihat kawalan putaran di pusatnya. Seret kawalan ini pada bila-bila masa untuk melaraskan orientasi carta.

  2. Klik Tambah Data Carta di bawah carta. Jika anda tidak nampak Tambah Data Carta, pastikan carta dipilih.

  3. Klik sel jadual dengan data yang anda mahu gunakan. Seret untuk memilih julat sel; untuk menambah data daripada keseluruhan baris atau lajur, klik baru untuk baris atau lajur tersebut.

    Anda boleh memilih sel daripada satu atau lebih jadual, termasuk jadual pada helaian berlainan. Semasa anda mengedit rujukan data carta, Ikon Carta muncul pada tab untuk sebarang helaian yang mengandungi data yang digunakan dalam carta.

  4. Untuk menukar sama ada baris atau lajur diplotkan sebagai siri data, pilih pilihan daripada menu pop timbul dalam bar di bahagian bawah tetingkap.

    Bar menunjukkan pilihan untuk memplot baris atau lajur sebagai siri
  5. Ketik Selesai di bawah tetingkap.

Anda boleh melaraskan julat data yang digambarkan dalam carta pada bila-bila masa. Untuk mengetahui cara, lihat Ubah suai rujukan data carta.

Gunakan data sedia ada untuk mencipta carta

  1. Pilih sel jadual dengan data yang anda mahu muncul dalam carta. Untuk menambah data daripada keseluruhan baris atau lajur, klik jadual, kemudian klik bar untuk baris atau lajur tersebut.

    Anda boleh memilih sel daripada satu atau lebih jadual, termasuk jadual pada helaian berlainan. Semasa mengedit rujukan data carta, Ikon Carta muncul pada tab untuk sebarang helaian yang mengandungi data yang digunakan dalam carta.

  2. Klik Carta dalam bar alat, kemudian pilih jenis carta; klik tab di bahagian atas menu pop timbul untuk melihat pilihan carta 2D, 3D atau interaktif.

    Jika anda menambah carta 3D, anda melihat kawalan putaran di pusatnya. Seret kawalan ini pada bila-bila masa untuk melaraskan orientasi carta.

  3. Untuk menukar sama ada baris atau lajur diplotkan sebagai siri data, klik Edit Rujukan Data, kemudian pilih pilihan daripada menu pop timbul dalam bar di bahagian bawah tetingkap.

    Bar menunjukkan pilihan untuk memplot baris atau lajur sebagai siri
  4. Ketik Selesai di bawah tetingkap.

Anda boleh melaraskan julat data yang digambarkan dalam carta pada bila-bila masa. Untuk mengetahui cara, lihat Ubah suai rujukan data carta.

Padamkan carta

  • Pilih carta, kemudian tekan Padam.

Memadamkan data jadual yang anda gunakan untuk mencipta carta tidak memadamkan carta; ia hanya mengosongkan carta semua data.