Tambah dan susun semula baris dan lajur jadual

Terdapat tiga jenis baris dan lajur:

  • Baris dan lajur pengepala memaparkan label yang mengenal pasti kandungan setiap baris dan lajur. Data dalam sel pengepala tidak digunakan dalam formula. Pengepala adalah pilihan; anda boleh mempunyai sehingga lima baris pengepala dan lima lajur pengepala.

  • Baris dan lajur isi mengandungi data jadual. Jadual mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu baris isi dan satu lajur.

  • Baris pengaki muncul di bahagian bawah jadual.

Untuk hamparan yang besar, anda boleh membekukan (atau mengunci) baris dan lajur pengepala agar ia sentiasa kelihatan semasa anda menskrol hamparan.

Seret pemegang baris atau lajur untuk menambah atau memadamkan baris atau lajur dari luar jadual.

Masukkan dan padamkan baris dan lajur isi

  • Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Tambah atau padamkan baris atau lajur di pinggir jadual: Klik Pemegang baris di bahagian bawah atau Pemegang lajur di bahagian atas jadual. (Seret kawalan untuk menambah atau memadamkan lebih daripada satu baris atau lajur.) Anda boleh memadamkan baris atau lajur hanya jika semua selnya kosong.

    • Masukkan atau padamkan baris atau lajur di dalam jadual: Klik jadual, gerakkan penuding ke atas bar bernombor atau berhuruf, klik anak panah, kemudian pilih arahan daripada menu yang muncul.

      Imej menu lajur jadual dengan arahan untuk menambah atau memadamkan baris dan lajur

Petua: Untuk memasukkan berbilang baris atau lajur, Command-klik bilangan baris atau lajur yang anda mahu masukkan, klik anak panah, kemudian pilih pilihan Tambah Lajur atau Tambah Baris.

Untuk memadamkan berbilang baris atau lajur, Command-klik baris atau lajur, klik anak panah, kemudian pilih Padam Baris Terpilih atau Padam Lajur Terpilih.

Tambah, pada, dan bekukan baris dan lajur

Menambah baris pengepala, lajur pengepala atau baris pengaki menukar baris atau lajur sedia ada menjadi pengepala atau pengaki. Contohnya, jika anda mempunyai data dalam baris pertama jadual dan anda menambah baris pengepala, baris pertama ditukarkan kepada pengepala menggunakan data yang sama.

Anda boleh membekukan baris atau lajur pengepala agar ia sentiasa kelihatan semasa anda menskrol hamparan.

  1. Klik mana-mana dalam jadual.

  2. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Tambah atau padamkan pengepala dan pengaki: Dalam anak tetingkap Jadual pada Pemeriksa Format, pilih nombor daripada menu pop timbul Pengepala & Pengaki. Untuk mengeluarkan semua pengepala atau pengaki, setkan nombor kepada sifar.

    • Bekukan baris atau lajur pengepala: Pilih Bekukan Baris Pengepala atau Bekukan Lajur Pengepala daripada menu pop timbul. Untuk menyahbekukan, nyahpilih Bekukan Baris Pengepala atau Bekukan Lajur Pengepala agar tanda semak hilang.

      Tiga menu pop timbul untuk lajur pengepala, baris pengepala dan pengaki

Untuk menunjukkan pengepala jadual pada setiap halaman hamparan apabila anda mencetak, lihat Cetak hamparan.

Pilih baris dan lajur

  1. Klik jadual.

  2. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Pilih baris atau lajur tunggal: Klik bar untuk baris atau lajur yang anda mahu pilih.

    • Pilih berbilang baris atau lajur: Klik bar untuk baris atau lajur, kemudian seret pemegang pilihan (titik putih) untuk merangkumi baris atau lajur yang anda mahukan.

    • Pilih baris atau lajur tidak selanjar: Command-klik bar baris atau lajur.

Alihkan baris dan lajur dalam jadual

Pilih satu atau lebih baris atau lajur, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Alihkan baris: Klik dan tahan bar bernombor untuk baris agar baris kelihatan terangkat daripada jadual, kemudian seret ke atas atau ke bawah baris lain.

  • Alihkan lajur: Klik dan tahan bar berhuruf untuk lajur agar lajur kelihatan terangkat daripada jadual, kemudian seret ke kanan atau kiri lajur lain.

Jika anda menyeret baris atau lajur ke luar jadual sedia ada, anda dapat mencipta jadual baru dengannya.

Saiz semula baris atau lajur

Anda boleh menukar lebar lajur tertentu dan tinggi baris tertentu dalam jadual.

  1. Klik jadual.

  2. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Saiz semula secara manual: Gerakkan penuding ke atas pinggir kanan bar berhuruf untuk lajur yang anda mahu mensaiz semula, atau ke atas bahagian bawah bar bernombor untuk baris, sehingga anda melihat Pemegang saiz semua lajur, kemudian seret untuk mensaiz semula.

      Untuk mensaiz semula berbilang lajur atau baris pada masa yang sama, pilihnya terlebih dahulu. Gerakkan penuding anda ke atas pinggir bar berhuruf paling kanan atau bar bernombor paling bawah, kemudian seret apabila anda melihat Pemegang saiz semua lajur. Ia disaiz semula secara berkadaran antara satu sama lain. Untuk mensaiz semulanya kepada saiz yang sama, Option-seret.

    • Saiz semula secara tepat: Klik sel dalam baris atau lajur yang anda mahu tukar. Dalam anak tetingkap Jadual pada Pemeriksa Format, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Saiz Baris & Lajur, kemudian gunakan anak panah untuk menentukan saiz yang anda mahukan. Keseluruhan baris atau lajur disaiz semula. Memilih sel dari lebih daripada satu baris atau lajur akan mensaiz semula semua baris atau lajur yang terkandung dalam pilihan.

      Kawalan untuk menukar saiz baris dan lajur
    • Kecilkan lajur atau baris secara automatik agar muat pada kandungannya: Dwiklik pinggir kanan bar berhuruf atau pinggir bawah bar bernombor. Atau dalam anak tetingkap Jadual pada pemeriksa Format, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Saiz Baris & Lajur, kemudian klik Muat.

    • Jadikan semua lajur mempunyai lebar yang sama atau semua baris mempunyai tinggi yang sama: Pilih jadual, kemudian pilih Jadual > Sebar Baris Secara Sekata atau Jadual > Sebar Lajur Secara Sekata (daripada menu Jadual berada di bahagian atas skrin komputer anda).

    • Jadikan beberapa lajur mempunyai lebar yang sama atau beberapa baris mempunyai tinggi yang sama: Pilih lajur atau baris, kemudian Command-klik lajur atau baris lain. Pilih Jadual > Sebar Baris Secara Sekata atau Jadual > Sebar Lajur Secara Sekata (daripada menu Jadual di bahagian atas skrin komputer anda).

Tunjukkan dan sembunyikan baris dan lajur

Menyembunyikan baris atau lajur adalah berguna jika, contohnya, anda perlu menggunakan datanya untuk formula, tetapi anda tidak mahu data kelihatan.

Apabila anda mengisih lajur anda, sel tersembunyi turut diisihkan.

  1. Pilih baris atau lajur yang anda mahu sembunyikan.

  2. Gerakkan penuding ke atas bar bernombor atau berhuruf, kemudian klik anak panah yang muncul.

  3. Dalam menu yang muncul, pilih Sembunyikan Baris Dipilih atau Sembunyikan Lajur Dipilih.

Untuk menunjukkan baris atau lajur tersembunyi, pilih baris atau lajur bersebelahan baris atau lajur tersembunyi. Gerakkan penuding ke atas bar, klik anak panah bawah, kemudian pilih pilihan Nyahsembunyi.

Untuk menyahsembunyikan semua baris atau lajur, klik mana-mana dalam jadual, kemudian pilih Jadual > Nyahsembunyikan Semua Baris atau Nyahsembunyikan Semua Lajur (daripada menu Jadual di bahagian atas skrin komputer anda).