Tambah dan padam jadual

Numbers menyediakan gaya jadual yang telah direka bentuk untuk setiap templat. Selepas menambah jadual, anda boleh menyesuaikannya mengikut pilihan anda. Anda boleh menambah sebanyak mungkin jadual yang anda inginkan pada helaian.

Seret pemegang jadual untuk menggerakkannya.

Tambah jadual baru

  1. Klik Jadual dalam bar alat, kemudian pilih tataletak jadual.

    Klik anak panah kiri dan kanan untuk melihat lebih banyak pilihan gaya.

  2. Untuk menaip dalam sel, klik sel, kemudian masukkan kandungan anda.

Untuk menukar penampilan jadual atau selnya, gunakan alat dalam anak tetingkap Jadual, Sel, Teks atau Susun pada pemeriksa Format.

Edit atau sembunyikan nama jadual

Apabila anda menambah jadual, ia mempunyai nama ruang letak (seperti Jadual 1), yang boleh anda tukar atau sembunyikan. Setiap jadual pada helaian mesti mempunyai nama yang unik.

Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Tukar nama jadual: Ketik tiga kali nama, kemudian taipkan nama baru.

  • Tunjukkan atau sembunyikan nama jadual: Dalam anak tetingkap Jadual pada pemeriksa Format, pilih atau nyahpilih kotak semak Nama Jadual (di bawah Pengepala & Pengaki).

    Anda juga boleh menunjukkan atau menyembunyikan nama jadual tanpa membuka pemeriksa Format. Klik jadual, Control-klik bar bernombor di sebelah kiri baris 1, kemudian pilih Tunjukkan Nama Jadual atau Sembunyikan Nama Jadual.

Padamkan jadual

  • Klik jadual, klik Pemegang jadual dalam penjuru kiri atas pada jadual, kemudian klik Padam.

Nota: Jika jadual dipautkan kepada borang yang ditambah dalam Numbers untuk iOS, memadamkan jadual akan mengosongkan borang.