Tambah kotak semak, penilaian bintang dan kawalan lain pada sel

Anda boleh menambah kotak semak, penilaian bintang, gelangsar, peningkat atau menu pop timbul pada jadual sel. Kawalan ini membolehkan anda mengemas kini data dalam jadual anda secara automatik.

Tambah kotak semak atau penarafan bintang pada sel

Anda boleh memformatkan sel dalam kotak semak untuk mengekang nilai sel kepada hanya nilai binari 1 atau "true" (dipilih) dan 0 atau "false" (tidak dipilih). Ia berguna untuk membuat senarai semak yang ringkas.

Penilaian bintang mengekang nilai sel kepada sifar hingga lima bintang dan ia berguna untuk menilai atau menarafkan item dalam senarai.

  1. Pilih sel atau julat sel.

  2. Dalam anak tetingkap Sel pada Pemeriksa Format, pilih Kotak Semak atau Penilaian Bintang daripada menu pop timbul Format Data.

  3. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Pilih atau nyahpilih kotak semak: Klik padanya.

    • Pilih atau nyahpilih berbilang kotak semak: Pilih sel, kemudian tekan 1 untuk memilih semua kotak semak atau 0 untuk menyahpilih semua kotak semak.

    • Togol berbilang kotak semak: Pilih sel, kemudian tekan bar Space untuk menukar semua kotak semak. Kotak semak ditogol berdasarkan pada kotak semak kiri atas dalam pilihan. Jika kotak semak dipilih, semua kotak semua dinyahpilih dan sebaliknya.

    • Masukkan penilaian: Pilih sel, kemudian klik titik dalam sel.

    • Setkan penilaian untuk berbilang sel: Pilih sel, kemudian tekan 0, 1, 2, 3, 4 atau 5 untuk mengesetkan semua penilaian kepada nilai tersebut.

    • Tambah atau kurangkan penilaian untuk berbilang sel: Pilih sel, kemudian tekan + untuk menambah atau - untuk mengurangkan nilai.

Jika anda menggunakan penilaian bintang dalam formula, penilaian ditafsirkan sebagai nilai angkanya.

Tambah gelangsar atau peningkat pada sel

Anda boleh memformatkan sel sebagai gelangsar atau peningkat yang mengehadkan nilai nombor, mata wang atau peratusan sel kepada julat yang ditentukan.

  1. Pilih sel atau julat sel.

  2. Dalam anak tetingkap Sel pada Pemeriksa Format, pilih Peluncur atau Peningkat daripada menu pop timbul Format Data.

  3. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Setkan nilai yang dipaparkan pada permulaan julat peluncur atau peningkat: Masukkan nilai dalam medan Minimum.

    • Setkan nilai yang dipaparkan pada penghujung julat peluncur atau peningkat: Masukkan nilai dalam medan Maksimum.

    • Setkan bilangan unit antara setiap titik henti pada peluncur atau peningkat: Masukkan nilai dalam medan Tokokan.

    • Formatkan data sel: Pilih pilihan daripada menu pop timbul Format, kemudian gunakan kawalan tambahan untuk menentukan selanjutnya cara data muncul.

Tambah menu pop timbul pada sel

Anda boleh menambah menu pop timbul pada sel, kemudian tentukan pilihan yang muncul dalam menu pop timbul.

Numbers mengenali pilihan menu yang mempunyai nilai angka, termasuk tarikh dan tempoh (dan juga teks). Oleh sebab itu, formula boleh merujuk pada sel yang mana menu pop timbul ditetapkan kepada pilihan angka.

  1. Pilih sel atau julat sel.

  2. Dalam anak tetingkap Sel pada Pemeriksa Format, pilih Menu Pop Timbul daripada menu pop timbul Format Data.

    Sekiranya beberapa atau kesemua sel yang dipilih telah mengandungi data, pilihan pop timbul dipraisi dengan nilai daripada sel yang dipilih, untuk sehingga 250 sel (kotak semak ditafsirkan sebagai teks “true” atau “false”, manakala penilaian bintang diberi dengan nilai angka di antara 0 dan 5). Anda boleh mengedit pilihan ini jika anda mahu. Nilai yang berulang dalam sel yang dipilih dikendalikan sebagai item menu pop timbul tunggal. Menu pop timbul dalam setiap sel disetkan kepada nilai asal sel.

    Jika semua sel yang anda pilih adalah kosong, pilihan pop timbul ialah item ruang letak (contohnya, "Item 1").

  3. Dalam senarai pilihan, dwiklik item (nilai yang dipraisi atau ruang letak), kemudian taipkan teks yang anda mahu muncul dalam menu pop timbul.

    Ulangi proses ini untuk setiap item yang anda mahu tukar.

  4. Untuk menambah item lain dalam menu pop timbul, klik Butang Tambah item, kemudian taipkan teks yang anda mahu muncul.

    Anda boleh menambah sehingga 250 item menu pop timbul.

  5. Tentukan cara menu pop timbul muncul:

    • Susun semula item: Seretnya ke atas atau bawah dalam senarai pilihan menu.

    • Biarkan sel kosong jika tiada item dipilih: Pilih "Mula dengan Kosong" daripada menu pop timbul.

    • Paparkan item pertama dalam menu pop timbul sebagai entri lalai untuk sel yang mana item tidak dipilih: Pilih "Mula dengan Item Pertama" daripada menu pop timbul.

    • Padam item: Klik padanya, kemudian klik Butang Padam item.

Semasa menavigasi jadual, anda boleh menekan bar Space untuk membuka menu pop timbul dalam sel jadual yang dipilih, gunakan kekunci anak panah untuk memilih pilihan, kemudian tekan bar Space bagi memilih nilai.

Keluarkan atau tukar kawalan

Anda boleh mengeluarkan kawalan daripada sel jadual dan menjadikannya sel tanpa format yang kosong atau anda boleh menukarnya kepada format yang berbeza.

  1. Pilih sel atau julat sel.

  2. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Keluarkan semua kandungan daripada sel: Tekan Padam.

    • Tukar jenis kawalan: Dalam anak tetingkap Sel pada Pemeriksa Format, pilih pilihan lain daripada menu pop timbul Format Data.

      Nilai sel ditukar daripada satu jenis kepada jenis yang lain. Contohnya, sekiranya sel pada asalnya mengandungi menu pop timbul dan anda menukarnya kepada format teks, sel tersebut mengekalkan kandungannya sebagai teks. Ataupun, sekiranya sel pada asalnya mengandungi pelangkah dan anda menukarnya kepada format nombor, sel tersebut mengekalkan nilai asalnya sebagai nombor statik.

      Bukan semua jenis data boleh ditukar (contohnya, senarai item teks dalam menu pop timbul tidak boleh ditukar kepada format nombor). Sekiranya anda cuba menukar kepada format sel yang tidak serasi, kawalan sel tidak dikeluarkan daripada sel tersebut.