Tapis data

Anda bole mencipta peraturan penapisan yang menentukan baris dalam jadual yang kelihatan.

Sebagai contoh, jika anda melihat jadual kemungkinan bayaran gadai janji bulanan untuk pinjaman dengan pelbagai kadar faedah, anda boleh menapis jadual untuk hanya menunjukkan amaun yang anda mampu.

Jadual sebelum penapisan dengan 7 baris, jadual selepas penapisan dengan 3 baru

Cipta peraturan penapisan untuk baris

  1. Klik jadual, kemudian klik Isih & Tapis dalam bar alat.

  2. Klik Penapis, klik Tambah Penapis, kemudian pilih lajur untuk digunakan bagi menapis.

  3. Klik jenis penapis yang anda mahukan (sebagai contoh, Teks), kemudian klik peraturan.

  4. Masukkan nilai untuk peraturan anda. Sebagai contoh, jika anda memilih “tidak,” taipkan teks seperti “tarikh jangka.”

    Kawalan untuk mencipta peraturan penapisan
  5. Untuk menambah peraturan lain untuk lajur yang sama, klik Atau.

    Anda boleh mempunyai berbilang peraturan untuk lajur, seperti “Tunjukkan baris yang mempunyai ‘ya’ atau ‘mungkin’ dalam Lajur C.”

  6. Untuk menambah penapis pada lajur lain, klik Tambah Penapis.

    Jika jadual mempunyai berbilang peraturan penapisan, anda boleh memilih sama ada untuk menunjukkan baris yang sepadan dengan semua penapis atau sebarang penapis dalam menu pop timbul di atas.

    Menu pop timbul untuk memilih antara menunjukkan baris yang sepadan dengan semua penapis atau mana-mana penapis

Nota: Anda tidak boleh menambah baris baru pada jadual sehingga anda berhenti menapis. Untuk berhenti menapis, nyahpilih kotak semak Penapis dalam pemeriksa Penapis.

Tapis baris

Anda boleh menapis jadual dengan cepat berdasarkan pada salah satu nilai dalam lajur.

  1. Pilih lajur, kemudian klik anak panah bawah pada jidarnya.

  2. Pilih Jadual Penapis, kemudian pilih nilai yang anda mahu tapi, seperti “Perempuan.”

    Semua baris tanpa nilai “Perempuan” dalam lajur yang dipilih tidak ditunjukkan.

    Klik nilai sekali lagi jika anda mahu mengeluarkan penapis.

  3. Ulangi langkah 1 dan 2 untuk menapis berdasarkan nilai lain.

Anda boleh melihat peraturan penapisan dengan memilih Edit Jadual Penapis dalam menu Tapis Jadual.

Nyahaktifkan penapis atau padamkan penapis

Anda boleh menyahaktifkan semua penapis untuk jadual tanpa memadamkannya. Anda boleh mengaktifkannya semua pada masa lain jika perlu. Jika anda tidak perlukan penapis, anda boleh memadamkannya.