Tukar rupa jadual

Anda boleh menukar rupa jadual dengan menggunakan gaya dipratentukan yang berlainan padanya, menukar garis kasar jadual, menunjukkan atau menyembunyikan garis grid dan menggunakan warna baris alternatif.

Gunakan gaya berlainan pada jadual

Setiap templat datang dengan set gaya jadual yang telah direka yang sesuai digunakan dengan templat tersebut. Anda boleh menggunakan gaya berlainan pada jadual pada bila-bila masa.

  1. Klik jadual.

  2. Dalam anak tetingkap Jadual pada Pemeriksa Format, pilih gaya berlainan daripada pilihan di bahagian atas anak tetingkap.

Jika anda membuat perubahan pada rupa jadual anda sebelum menggunakan gaya jadual lain, gaya jadual baru mengekalkan perubahan tersebut. Untuk menggantikan perubahan tersebut apabila anda menggunakan gaya baru, Control-klik gaya jadual baru, kemudian pilih “Kosongkan Penggantian dan Gunakan Gaya.”

Anda juga boleh mencipta gaya jadual anda sendiri.

Gunakan semula gaya pada jadual

Jika anda membuat perubahan pada rupa jadual, contohnya, menukar jidar sel jadual, anda boleh menukar kembali perubahan ini kepada gaya jadual asal.

  1. Klik mana-mana dalam jadual.

  2. Dalam anak tetingkap Jadual pada pemeriksa Format, Control-klik gaya jadual yang anda mahu gunakan semula, kemudian pilih Kosongkan Penggantian dan Gunakan Gaya.

Tukar garis kasar dan garis grid jadual

  1. Klik mana-mana dalam jadual.

  2. Dalam anak tetingkap Jadual pada Pemeriksa Format, lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Tukar garis kasar: Tukar jenis, ketebalan dan warna garis dengan menggunakan kawalan Garis Kasar Jadual.

    • Tukar garis grid: Klik butang Garis Grid untuk menambah atau mengeluarkan garis grid daripada kandungan jadual, daripada baris dan lajur pengepala dan daripada baris pengaki.

Tukar jidar atau latar belakang sel jadual

Anda boleh menukar jidar dan latar belakang sebarang pilihan sel jadual.

  1. Pilih sel yang anda mahu tukar.

    Untuk menukar semua sel dalam jadual, pilih jadual.

  2. Dalam anak tetingkap Sel pada Pemeriksa Format, lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Tukar garis kasar: Klik Pilih butang praset dalam bahagian Jidar, pilih gaya jidar daripada menu pop timbul, kemudian pilih jidar untuk menggunakan gaya.

      Anda juga boleh menyesuaikan jidar sel—contohnya, anda boleh menjadikan garis antara sel lebih tebal atau lebih nipis. Untuk mencipta jidar sel tersuai, klik segi tiga pendedahan di sebelah kiri Jidar. Gunakan kawalan untuk menentukan gaya tersuai, kemudian klik tataletak jidar sel untuk menggunakan perubahan anda.

      Anda boleh menukar garis kasar jadual dalam anak tetingkap Jadual pada pemeriksa Format.

    • Tukar latar belakang: Klik perigi warna dalam bahagian Isi, kemudian pilih pilihan warna. Untuk menyesuaikan latar belakang, klik segi tiga pendedahan di sebelah kiri Isian, kemudian gunakan kawalan untuk membuat perubahan lanjutan.

      Kawalan untuk memilih warna isian

Anda juga boleh mencipta peraturan untuk menukar rupa sel secara automatik apabila nilai dalam sel memenuhi syarat tertentu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke Tambah penyerlahan bersyarat pada sel.

Warna baris selang seli

  1. Pilih jadual.

  2. Dalam anak tetingkap Jadual pada pemeriksa Format, pilih kotak semak Warna Baris Selang Seli, kemudian klik perigi warna untuk memilih warna.

Baris warna tidak berselang seli untuk lajur pengepala. Lajur pengepala mempunyai penampilannya sendiri berdasarkan pada gaya jadual yang anda pilih.