Cipta senarai berbulet dan bernombor

Anda boleh mencipta senarai diformatkan dengan bulet, huruf atau nombor dengan cepat.

Contoh senarai berbulet, tersusun dan tersusun dengan hierarki.
  • Senarai mudah yang boleh menggunakan bulet, huruf atau nombor pada permulaan setiap baris.

  • Senarai tersusun, seperti garis kasar, boleh mempunyai peringkat senarai berinden di dalamnya untuk menunjukkan hierarki. Ia juga menggunakan bulet, huruf atau nombor pada permulaan setiap baris.

  • Senarai berperingkat, seperti yang digunakan dalam dokumen sah, ialah senarai tersusun yang menggunakan gaya penomboran berlainan untuk setiap peringkat.

Cipta senarai

  1. Klik Teks dalam bar alat; kotak teks ditambah pada helaian.

  2. Apabila kotak teks dipilih, dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, pilih gaya senarai daripada menu pop timbul Bulet & Senarai.

    Anda mungkin perlu mengklik butang Gaya di bahagian atas anak tetingkap untuk melihat menu pop timbul.

  3. Klik kotak teks, taipkan item pertama dalam senarai anda, kemudian tekan Return; teruskan menambah item senarai melalui cara ini.

  4. Untuk menukar paras inden (hierarki) bagi item dalam senarai, klik dan seret bulet, nombor atau huruf sehingga anda melihat anak panah biru:

    • Alihkan item ke sebelah kanan: Seret ke sebelah kanan. Anda juga boleh meletakkan titik pemasukan di mana-mana tempat dalam item dan menekan Tab.

    • Alihkan item ke sebelah kiri: Seret ke sebelah kiri. Anda juga boleh meletakkan titik pemasukan di mana-mana tempat dalam item dan menekan Shift-Tab.

    • Gerakkan item ke atas atau ke bawah: Seret ke atas atau bawah.

  5. Tekan Return dua kali untuk menamatkan senarai.

Numbers mengesan secara automatik apabila anda mencipta senarai. Untuk menyahaktifkan ini, pilih Numbers > Keutamaan (daripada menu Numbers di bahagian atas skrin komputer anda). Dalam anak tetingkap Umum, nyahpilih “Kesan senarai secara automatik.”

Susun semula item dalam senarai

Anda boleh menyeret item dalam senarai ke peringkat berlainan dalam hierarki atau ke paras inden berbeza.

  1. Pilih item yang anda mahu alihkan dengan mengklik bulet, nombor atau hurufnya.

  2. Seret item ke atas atau bawah senarai atau seret ke kiri atau kanan, sehingga anda nampak anak panah biru.

    Item sedang diseret ke paras inden baru.

Tukar gaya bulet

  1. Pilih baris dengan bulet yang anda mahu tukar.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik butang Gaya.

  3. Klik segi tiga pendedahan Bulet & Senarai, kemudian pilih gaya bulet daripada menu pop timbul dalam seksyen Bulet & Senarai.

    Menu pop timbul Bulet Imej.
  4. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Untuk bulet teks: Klik menu pop timbul Bulet, kemudian pilih gaya bulet (skrol untuk melihat kesemuanya).

      Untuk menggunakan teks atau aksara anda sendiri bagi bulet, dwiklik menu pop timbul Bulet, kemudian taipkan teks atau aksara anda sendiri. Untuk menggunakan aksara khas, pilih Edit > Aksara Khas (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian pilih aksara.

    • Untuk bulet imej: Klik butang Imej Semasa, kemudian pilih gaya bulet imej.

      Untuk menggunakan imej anda sendiri, klik Imej Tersuai, kemudian pilih fail imej pada komputer anda.

Gunakan kawalan lain dalam seksyen Bulet & Senarai untuk menukar saiz bulet dan melaraskan amaun jarak antara teks dan bulet.

Tukar gaya nombor untuk senarai tersusun

Anda boleh menggunakan nombor, huruf, angka Roman atau gabungan untuk menentukan paras hierarki dalam senarai bertertib.

  1. Pilih baris dengan penomboran yang anda mahu tukar.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik butang Gaya.

  3. Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Bulet & Senarai, kemudian pilih pilihan.

    Kawalan untuk menukar gaya nombor dan jarak senarai

Untuk memulakan penomboran dari titik berlainan, pilih "Mula dari", kemudian masukkan nombor atau huruf.

Numbers termasuk gaya senarai terbina dalam (dalam menu pop timbul Bulet) yang menentukan jenis bulet, jujukan nombor, paras inden dan banyak lagi. Gaya ini serupa dengan gaya perenggan—anda bole mencipta gaya baru, menetapkan pintasan padanya, menamakannya semula dan banyak lagi. Tugas dalam Gunakan gaya perenggan digunakan pada gaya senarai juga.