Jajarkan teks dan laraskan jarak

Anda boleh melaraskan teks dalam kotak teks, bentuk, sel jadual, baris atau lajur agar teks tersebut dijajarkan ke jidar kiri atau kanan, dipusatkan atau dijajarkan di sebelah kiri dan kanan (dijajarkan). Anda juga boleh menukar penjajaran menegak, melaraskan jarak baris, mengesetkan margin teks dan menukar bilangan lajur dalam bentuk atau kotak teks.

Anda boleh menggunakan hentian tab untuk menjajarkan teks. Apabila anda menekan kekunci Tab (atau Option-Tab semasa anda bekerja dalam sel jadual), titik pemasukan dan sebarang teks di sebelah kanannya beralih ke hentian tab seterusnya dan teks yang anda masukkan bermula pada titik tersebut.

Jajarkan teks

  1. Pilih kotak teks, bentuk, sel jadual, baris atau lajur.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik Gaya, kemudian klik butang penjajaran yang anda mahukan.

    Pilihan penjajaran teks

Laraskan jarak baris

Anda boleh melaraskan jarak antara garis teks dan menukar jumlah jarak sebelum dan selepas perenggan.

  1. Pilih kotak teks, bentuk, sel jadual, baris jadual atau lajur jadual yang jaraknya anda mahu ubah. Anda juga boleh memilih teks khusus.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik Gaya.

  3. Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Jarak, kemudian pilih pilihan daripada menu pop timbul:

    • Baris: Pilih apabila jarak antara penaik (bahagian huruf yang berlanjutan ke bahagian atas baris) dan penurun (bahagian huruf yang berlanjutan ke bawah garis) harus kekal sama. Jarak antara baris berkadaran dengan saiz fon.

    • Sekurang-kurangnya: Pilih bila jarak antara garis mesti kekal tetap (tetapi tidak bertindan jika teks menjadi besar). Jarak dari satu baris ke baris seterusnya tidak akan menjadi kurang daripada nilai yang anda setkan, tetapi ia mungkin lebih besar untuk fon yang lebih besar bagi mengelakkan garis teks bertindan.

    • Tepat: Jarak antara garis dasar.

    • Antara: Nilai yang anda setkan meningkatkan jarak antara baris, daripada meningkatkan tinggi baris. Secara kontras, dwijarak menggandakan tinggi setiap baris.

  4. Klik anak panah bersebelahan medan ruang untuk mengesetkan amaun ruang untuk pilihan yang anda pilih.

  5. Untuk melaraskan amaun ruang sebelum dan selepas perenggan yang dipilih, klik anak panah untuk Sebelum Perenggan dan Selepas Perenggan

Setkan margin perenggan

Untuk mengesetkan margin perenggan, pembaris mesti dipaparkan. Jika anda tidak nampak pembaris, klik Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Pembaris.

  1. Klik dalam perenggan atau pilih satu atau lebih perenggan.

  2. Seret penanda inden margin dan perenggan (di pembaris atas) ke tempat anda mahukannya.

  3. Untuk menggunakan inden lalai, yang meningkatkan atau mengurangkan inden keseluruhan perenggan, klik salah satu butang inden dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format (anda mungkin perlu mengklik butang Gaya berhampiran bahagian atas anak tetingkap untuk melihat butang penjajaran).

    Pilihan penjajaran perenggan

Anda boleh menukar inden perenggan lalai dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format. Klik Tataletak, kemudian klik segi tiga pendedahan bersebelahan Inden.

Anak tetingkap tataletak untuk pemeriksa Format, menunjukkan kawalan untuk inden dan margin.

Tukar bilangan lajur teks

Anda boleh menukar bilangan lajur dalam bentuk atau kotak teks.

  1. Pilih bentuk atau kotak teks.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik Tataletak, kemudian klik segi tiga pendedahan bersebelahan Lajur.

    Kawalan dalam seksyen lajur untuk menukar bilangan lajur dan lebar setiap lajur

Setkan hentian tab

  1. Klik atau pilih perenggan di mana anda ingin setkan hentian tab.

  2. Klik pembaris ke tempat yang anda mahu letakkan hentian tab.

    Jika anda tidak dapat melihat pembaris di bahagian atas hamparan, klik Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Pembaris.

  3. Untuk menukar penjajaran hentian tab, Control-klik ikon hentian tab, kemudian pilih penjajaran yang anda mahukan (Tab Kiri, Tab Tengah, Tab Kanan atau Tab Desimal).

  4. Untuk menukar kedudukan hentian tab, seret ikonnya sepanjang pembaris.

Anda juga boleh menukar seting tab lain, termasuk jarak tab lalai. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik butang Tataletak, kemudian gunakan kawalan dalam seksyen Tab untuk membuat perubahan.

Kawalan untuk mengesetkan hentian tab

Untuk mengeluarkan hentian tab, seret ikon hentian tab ke bawah pembaris sehingga ia hilang.