Laraskan jarak dan pemformatan aksara

Sesetengah fon termasuk ligatur, sambungan hiasan dua aksara untuk membentuk aksara tipografi tunggal. Anda boleh menggunakan ligatur jika fon yang anda gunakan menyokongnya.

Teks dengan atau tanpa ligatur.

Anda boleh membuat jenis pelarasan lain pada jarak antara aksara dan menjadikan teks superskrip atau subskrip.

Aktifkan atau nyahaktifkan ligatur untuk teks yang dipilih

  1. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik butang Gaya.

  2. Dalam bahagian Fon, klik Butang pilihan lanjutan, kemudian pilih item daripada menu pop timbul Ligatur.

    • Gunakan Lalai: Gunakan seting ligatur yang ditentukan dalam tetingkap Tipografi untuk fon yang anda gunakan.

      Untuk membuka tetingkap Tipografi, pilih Format > Fon > Tunjukkan Fon (daripada tetingkap Format di bahagian atas skrin komputer anda).

    • Jangan Gunakan Apa-Apa: Menggunakan jarak biasa tanpa ligatur untuk fon.

    • Gunakan Semua: Menggunakan semua ligatur yang tersedia untuk fon.

Untuk mengeluarkan ligatur daripada teks yang dipilih, pilih "Jangan Gunakan Apa-Apa" daripada menu pop timbul Ligatur.

Lebarkan atau sempitkan jarak antara aksara

  1. Pilih teks yang anda mahu tukar atau pilih kotak teks jika anda mahu menukar semua teks yang terkandung dalamnya.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik butang Gaya.

  3. Dalam seksyen Fon, klik Butang pilihan lanjutan, kemudian gunakan anak panah untuk menukar nilai Jarak Aksara.

    Jarak lalai ialah sifar. Meningkatkan nilai melebarkan jarak dan mengurangkan nilai kan menyempitkannya.

  • Jika anda memilih kotak teks: Jarak aksara digunakan pada sebarang teks yang anda taip dalam kotak selepas anda menggunakan perubahan.

  • Jika anda hanya memilih teks tertentu: Jarak aksara hanya digunakan pada teks tersebut. Teks baru yang anda masukkan tidak dijarakkan melalui cara yang sama.

  • Jika anda mahukan teks lain dalam hamparan untuk menggunakan jarak dan seting lain yang sama: Tentukan gaya perenggan baru daripada teks yang dipilih, kemudian gunakan gaya tersebut dengan mudah pada teks lain dalam hamparan anda.

Jadikan aksara superskrip atau subskrip

Anda boleh melaraskan garis dasar aksara untuk menjadikan superskrip atau subskrip. Simbol tanda dagangan ialah superskrip kerana ia dinaikkan di atas istilah bertanda dagangan. Dalam formula kimia, nombor atom adalah subskrip kerana ia diturunkan ke bawah simbol atom Dalam Numbers, anda boleh membuat superskrip atau subskrip yang dipilih, kemudian melaraskan garis dasar teks yang dipilih dengan tambahan kecil jika anda inginkan.

  1. Pilih teks yang anda mahu jadikan superskrip atau subskrip.

  2. Dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa Format, klik butang Gaya.

  3. Dalam bahagian Fon, klik Butang pilihan lanjutan, kemudian pilih Superskrip atau Subskrip daripada menu pop timbul Garis Dasar.

  4. Untuk melaraskan peletakan, gunakan anak panah untuk menukar nilai Anjakan Garis Dasar.

Numbers turut termasuk gaya aksara terbina dalam yang menentukan atribut teks seperti italik, garis bawah atau potong. Gaya ini serupa dengan gaya perenggan—anda bole mencipta gaya baru, menetapkan pintasan padanya, menamakannya semula dan banyak lagi. Tugas dalam Gunakan gaya perenggan digunakan pada gaya aksara juga.