Tambah teks

Anda boleh menambah teks terus pada sel jadual dan menukar rupanya—termasuk fon, warna, saiz dan penjajarannya.

Jika anda mahu menambah teks di luar sel jadual, anda boleh menambah kotak teks pada helaian. Kotak teks ialah objek yang boleh diubah suai seperti kebanyakan objek lain; anda boleh memutar, menukar jidar, mengisinya dengan warna, menindannya dan banyak lagi. Teks dalam kotak boleh diformatkan seperti sebarang jenis teks lain.

Anda juga boleh menambah teks ke dalam bentuk.

Cipta kotak teks baru

  1. Klik Teks dalam bar alat. Kotak teks ditambah pada helaian anda (anda boleh menukar rupanya kemudian).

  2. Klik kotak teks, kemudian taipkan teks anda sendiri dengan menggantikan teks ruang letak.

  3. Saiz semula kotak teks, jika perlu, dengan memilihnya dan menyeret sebarang pemegang pilihan (segi empat putih).

Untuk mengedit teks, dwiklik kotak teks, kemudian klik tempat yang anda mahu menambah titik pemasukan dan taipkan teks anda sendiri.

Untuk memadamkan kotak teks, pilihnya, kemudian tekan Padam.

Masukkan aksara khas dan simbol

Anda boleh memasukkan aksara khas dalam teks, seperti simbol matematik; huruf dengan tanda aksen; anak panah dan emotikon; aksara Jepun, Cina dan Korea; dan banyak lagi.

  1. Klik dalam teks pada tempat yang anda mahukan aksara atau simbol untuk muncul.

  2. Pilih Edit > Aksara Khas (daripada menu Edit berada di bahagian atas skrin komputer anda) untuk membuka tetingkap Aksara.

  3. Klik ikon di bahagian bawah tetingkap Aksara untuk memilih kategori aksara (klik anak panah kiri atau kanan untuk melihat lagi kategori).

  4. Klik aksara yang anda mahu masukkan dalam teks anda.

Untuk maklumat mengenai penggunaan papan kekunci dan kaedah input untuk bahasa lain, pergi ke Bantuan > Pusat Bantuan dan cari "menu input.”

Tambah tajuk pada helaian

Untuk menambah tajuk pada helaian, hanya tambah kotak teks padanya.

  1. Klik Teks dalam bar alat.

  2. Klik kotak teks, kemudian taip tajuk anda.

  3. Seret kotak teks ke tempat anda mahukannya.