Tambah dan edit bentuk

Selepas anda menambah bentuk pada helaian, anda boleh menyesuaikan bentuk melalui beberapa cara. Contohnya, anda boleh menukar bintang lima bucu standard kepada bintang dua puluh bucu, laraskan sejauh manakah bulatnya bucu segi empat, tambah teks ke dalam bentuk dan banyak lagi.

Tambah bentuk

  1. Klik Bentuk Butang kongsi dalam bar alat.

    Klik anak panah untuk melihat lebih banyak gaya bentuk.

  2. Pilih bentuk untuk menambahnya pada helaian.

Tambah garis dan anak panah

Anda boleh mencipta garis lurus atau melengkung, kemudian menyesuaikan rupanya dengan menukar lebarnya (ketebalan) atau warna atau menambah titik tamat berlainan—contohnya, anak panah, bulatan atau segi empat.

  1. Klik Bentuk Butang kongsi dalam bar alat, kemudian klik garis.

    Anda juga boleh memilih garis sedia ada.

  2. Dalam anak tetingkap Gaya pada Pemeriksa Format, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Goresan.

  3. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Laraskan ketebalan garis: Klik anak panah bersebelahan saiz titik atau masukkan nombor untuk menukar ketebalan garis.

    • Tukar titik tamat: Klik pop timbul bersebelahan Titik Tamat dan pilih titik tamat.

    Kawalan untuk menukar titik tamat, ketebalan dan warna garis

Tambah teks dalam bentuk

  • Dwiklik bentuk untuk memunculkan titik pemasukan, kemudian taipkan teks anda.

    Jika terdapat terlalu banyak teks untuk dipaparkan dalam bentuk, penunjuk pemotongan (+) muncul. Untuk mensaiz semula bentuk, klik padanya, kemudian seret sebarang pemegang pilihan sehingga semua teks ditunjukkan.

Anda boleh memformatkan teks di dalam bentuk sama seperti sebarang teks lain dalam helaian anda. Pilih teks, kemudian gunakan alat dalam anak tetingkap Teks pada pemeriksa Format untuk menukarnya.

Laraskan kelengkungan sepanjang pinggir bentuk

  1. Pilih bentuk.

  2. Pilih Format > Bentuk dan Garis > Jadikan Boleh Edit, daripada menu Format berada di bahagian atas skrin komputer anda.

  3. Dwiklik pemegang untuk menukar garis daripada melengkung kepada lurus. Pemegang mewakili jenis garis berlainan:

    • Segi empat sama dengan garis kasar merah: Menunjukkan garis tajam. Garis yang bersambung ke titik ini lurus.

    • Bulatan dengan garis kasar merah: Menunjukkan garis melengkung. Garis yang bersambung ke titik ini melengkung.

  4. Klik di luar bentuk apabila anda selesai mengeditnya.

Untuk menukar lengkung lalai kepada Bézier, klik Numbers > Keutamaan, kemudian dalam anak tetingkap Umum, pilih “Lengkung menjadi lalai kepada Bézier.” Apabila anda mengedit bentuk yang menggunakan lengkung Bézier, anda melaraskan lengkung menggunakan pemegang pada titik tersebut.

Laraskan ciri bentuk

Anda boleh menukar ciri bagi sebarang bentuk yang telah dilukis dalam cara yang khusus.

Pilih bentuk, kemudian lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Bentuk semula bucu pada segi empat tempat berbucu bulat: Seret pemegang hijau ke arah bucu untuk menajamkannya atau menjauhi bucu untuk menjadikannya lebih bulat.

  • Tukar bilangan bucu pada bintang: Seret pemegang hijau luaran ikut arah jam atau lawan arah jam untuk menambah atau mengeluarkan bucu. Bilangan bucu bintang ialah di antara tiga dan dua puluh.

  • Tukar bentuk bucu pada bintang: Seret pemegang hijau dalaman ke arah pusat bintang untuk menjadikan bucu panjang dan sempit atau seret pemegang menjauhi pusat untuk menjadikan bucu lebih pendek dan lebar.

  • Tukar bentuk petak bual atau gelembung pertuturan: Seret pemegang hijau pada isi gelembung untuk membentuknya semula. Seret pemegang hijau pada mata bucu untuk menukar kepanjangan dan kedudukannya. Seret pemegang hijau pada pangkal bucu untuk menukar kelebarannya.

  • Tukar bilangan sisi dalam pentagon: Seret pemegang hijau ikut arah jam atau lawan arah jam untuk melaraskan bilangan sisi.

  • Laraskan perkadaran anak panah: Seret pemegang hijau ke arah mata anak panah untuk menjadikan kepala panah lebih runcing atau seret ke mata sisi anak panah untuk menjadikan batang anak panah lebih tebal.

  • Tambah lebih banyak titik pengeditan pada bentuk: Pilih Format > Bentuk dan Garis > Jadikan Boleh Edit, daripada menu Format berada di bahagian atas skrin komputer anda. Klik untuk menambah titik pengeditan, kemudian seret titik.

Lukis bentuk

Anda boleh “melukis” pada helaian untuk mencipta bentuk anda sendiri.

  1. Klik Bentuk Butang kongsi dalam bar alat, kemudian klik Lukis dengan Pen.

  2. Klik mana-mana pada helaian untuk mencipta titik pertama bagi bentuk tersuai.

  3. Gerakkan penuding, kemudian klik untuk mencipta titik lain; teruskan menambah sebanyak mungkin titik yang anda mahukan.

    Untuk mencipta segmen melengkung, klik kemudian seret, kemudian klik sekali lagi.

    Untuk memadamkan segmen yang baru anda cipta, pilih titik, kemudian tekan kekunci Padam.

  4. Untuk melengkapkan bentuk, lakukan salah satu daripada berikut:

    • Tutup bentuk (tambah garis padu antara titik terakhir dan pertama): Klik bucu pertama.

    • Biarkan bentuk terbuka (tiada garis padu antara titik terakhir dan pertama): Tekan kekunci Esc (Escape).

Untuk mengubahsuai titik atau kontur garis bagi bentuk, pilih bentuk, kemudian pilih Format > Bentuk dan Garis > Jadikan Boleh Edit (daripada menu Format di bahagian atas skrin komputer anda).

Gabungkan bentuk untuk mencipta bentuk baru

Anda boleh mencipta bentuk baru dengan menggabungkan satu bentuk dengan bentuk yang lain. Contohnya, jika anda mahu mencipta bentuk yang kelihatan seperti hari, anda boleh menggunakan tiga bentuk–intan dan dua bulatan–dan menggabungkannya menjadi satu bentuk. Anda juga boleh menolak bentuk daripada bentuk lain atau mengeluarkan kawasan bertindih di antara dua bentuk.

  1. Pilih sekurang-kurangnya dua bentuk yang bersentuhan atau bertindih.

    Petua: Tindih bentuk untuk mendapatkan kesan yang lebih menarik.

  2. Dalam anak tetingkap Susun pada Pemeriksa Format, klik salah satu daripada butang berikut:

    • Satukan: Menggabungkan bentuk yang dipilih menjadi bentuk tunggal.

    • Bersilang: Mencipta bentuk daripada kawasan bertindih.

    • Tolak: Mengeluarkan bentuk yang ditindih ke atas bentuk lain. Untuk memilih bentuk yang telah dikeluarkan, gerakkan bentuk tersebut ke lapisan paling atas. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk menukar lapisan, lihat Tindan, himpunkan dan kunci objek.

    • Kecualikan: Mencipta bentuk yang mengecualikan kawasan bertindih di antara bentuk.

    Imej yang menunjukkan kesan penggabungan segi empat dan bintang