Tambah dan edit imej

Anda boleh menambah foto dan grafik pada sebarang helaian kemudian menukar penampilannya dalam beberapa cara.

Numbers menyediakan banyak gaya imej yang sedia direka bentuk—yang termasuk jidar, pantulan dan bayang yang diselaraskan—yang direka bentuk agar sepadan dengan templat hamparan. Anda boleh mengedit imej dengan cepat dengan menggunakan salah satu gaya ini padanya atau anda boleh menyesuaikannya mengikut penampilannya dengan menggunakan jidar, bayang anda sendiri dan banyak lagi. Anda juga boleh memangkas imej dengan menopeng keluar bahagian yang anda tidak mahukan dan membuat pelarasan pada latar belakang serta pendedahannya.

Tambah imej

  • Untuk menambah imej, lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Klik Media Butang media dalam bar alat, kemudian pilih imej daripada pustaka Aperture atau iPhoto anda. Seret imej ke helaian.

    • Seret imej dari Finder atau daripada halaman web ke helaian.

    • Pilih Masukkan > Pilih (daripada menu Masukkan di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian pilih imej untuk menambahnya.

    • Klik Butang ruang letak di penjuru kanan bawah ruang letak imej, kemudian pilih imej yang anda mahu tambah.

      Ruang letak imej digunakan dalam templat untuk memberi anda contoh ruang dan tataletak objek.

Topeng (pangkas) foto

Anda boleh menyembunyikan bahagian imej yang tidak diinginkan tanpa memangkas imej itu sendiri. Gunakan kawalan topeng untuk membingkai bahagian imej yang anda mahukan kelihatan sahaja.

  1. Dwiklik imej.

    Kawalan topeng muncul. Topeng lalai bersaiz sama dengan seperti imej anda.

  2. Gunakan kawalan untuk menukar bahagian imej yang kelihatan.

    Kawalan topeng atas foto
  3. Klik Selesai.

Anda boleh menukar topeng pada bila-bila masa dengan mendwiklik imej bagi mendedahkan kawalan. Atau, anda boleh memilih imej, kemudian klik Edit Topeng dalam anak tetingkap Imej pada Pemeriksa Format.

Keluarkan latar belakang dan elemen lain daripada foto

Gunakan alat Alfa Segera untuk membuatkan sebahagian imej lutsinar. Ciri ini berguna untuk mengeluarkan latar belakang atau warna yang tidak diingini daripada imej.

  1. Pilih imej.

  2. Dalam anak tetingkap Imej pada Pemeriksa Format, klik Alfa Segera.

  3. Klik warna yang anda mahu keluarkan, kemudian seret perlahan-lahan ke atasnya.

    Semasa anda menyeret, pilihan membesar untuk merangkumi kawasan yang menggunakan warna yang serupa. Klik dan seret berbilang kali untuk mengeluarkan berbilang warna.

    • Keluarkan semua tika warna (walaupun dalam bahagian lain pada foto): Tahan kekunci Option semasa anda menyeret.

    • Tambah warna kembali ke imej: Tahan kekunci Shift semasa anda menyeret.

  4. Klik Selesai.

Laraskan pendedahan, ketepuan dan seting imej lain

  1. Pilih imej.

  2. Dalam anak tetingkap Imej pada Pemeriksa Format, gunakan kawalan untuk membuat pelarasan:

    • Pendedahan: Menukar kecerahan atau kegelapan keseluruhan imej.

    • Ketepuan: Menukar kekayaan warna dalam imej. Menyeret ke kanan membuatkan warna lebih kaya atau lebih terang.

    • Tingkatkan Laraskan imej secara automatik dengan menyebarkan ton merah, hijau dan biru secara sekata merentas histogram.

  3. Untuk melihat histogram imej dan laraskan lebih banyak ciri lanjutan seperti paras, gamma, suhu dan tinta, klik Butang imej lanjutan.

    Tetingkap laraskan imej yang menunjukkan histogram

Untuk memulihkan seting asal, klik Reset Imej.