Lindungi hamparan dengan kata laluan

Anda boleh memberi kata laluan pada hamparan agar hanya orang yang mengetahui kata laluan boleh membuka, membaca atau mengedit salinan hamparan.

Perlukan kata laluan untuk membuka hamparan

Untuk mengehadkan akses ke hamparan anda, setkan kata laluan untuknya. Kata laluan boleh terdiri daripada sebarang gabungan nombor, huruf besar atau huruf kecil dan aksara papan kekunci istimewa.

  • Pilih Fail > Setkan Kata Laluan (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian masukkan maklumat yang diminta.

    Pilih kotak semak jika anda mahu menambah kata laluan pada rantai kunci anda.

Tukar atau keluarkan kata laluan

  • Tukar kata laluan: Pilih Fail > Tukar Kata Laluan (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda). Masukkan maklumat yang diminta, kemudian klik Tukar Kata Laluan.

  • Keluarkan kata laluan: Pilih Fail > Tukar Kata Laluan. Taipkan kata laluan lama, kemudian klik Keluarkan Kata Laluan.

Jika hamparan dikongsi di iCloud, anda boleh menambah, mengeluarkan atau menukar kata laluan dalam Seting Kongsi.

Nota: Menambah kata laluan pada hamparan tidak menyulitkan fail.