Simpan dan namakan semula hamparan

Numbers menyimpan hamparan anda secara automatik semasa anda bekerja agar anda tidak perlu berbuat demikian. Anda boleh menamakan semula hamparan anda, mencipta versi lain daripadanya dan menyimpannya di lokasi lain.

Simpan hamparan

Numbers memberi hamparan baru nama ruang letak seperti Tidak Bertajuk 1 dan menyimpannya pada lokasi lalai. Anda boleh menentukan tajuk untuk hamparan dan menyimpannya di lokasi lain.

  1. Tahan kekunci Option, kemudian pilih Fail > Simpan Sebagai (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda).

  2. Masukkan nama dalam medan Nama.

    Dialog untuk menamakan semula hamparan
  3. Masukkan satu atau lebih tag (pilihan).

  4. Pilih tempat anda mahu menyimpan hamparan.

    Anda boleh menyimpannya pada folder pada Mac anda atau pada pelayan anda menyimpannya di iCloud.

    Petua: Jika anda tidak nampak lokasi yang anda cari dalam menu pop timbul, pilih Lain untuk melihat lebih banyak pilihan.

  5. Klik Simpan.

Apabila anda menyimpan hamparan anda di iCloud, ia muncul secara automatik pada iPad, iPhone atau iPod touch anda (jika anda menyediakan iCloud pada peranti tersebut) dan mengemas kininya pada bila-bila masa anda membuat perubahan padanya pada sebarang komputer atau peranti yang didaftar masuk ke akaun iCloud anda.

Namakan semula hamparan

  • Klik nama hamparan di bahagian atas tetingkap Numbers, kemudian taip nama baru.

Klik mana-mana di luar dialog untuk menolaknya.

Duplikasi hamparan

Untuk mencipta salinan hamparan baru, duplikasikan hamparan asal.

  1. Pilih Fail > Duplikasi.

    Hamparan baru dibuka dengan namanya dipilih di bahagian atas hamparan.

  2. Taipkan nama baru.

Salinan pendua disimpan pada lokasi yang sama seperti yang asalnya.

Kembalikan hamparan kepada versi lebih awal

  1. Pilih Fail > Tukar Kepada (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda), kemudian pilih salah satu daripada berikut:

    • Terakhir Disimpan: Semua perubahan yang anda buat pada hamparan sejak kali terakhir anda menyimpannya akan dipadamkan.

    • Terakhir Dibuka: Semua perubahan yang anda buat pada hamparan sejak kali terakhir anda membukanya akan dipadamkan.

    • Layari Semua Versi: Garis masa untuk hamparan terbuka, menunjukkan tanda rait di sebelah kanan yang menunjukkan setiap kali hamparan dibuka, disimpan, diduplikasikan, dikunci, dinamakan semula atau ditukar kembali.

  2. Jika anda memilih Layari Semua Versi, klik tanda rait untuk memaparkan versi berlainan.

  3. Apabila anda menemui versi yang anda mahukan, lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pulihkan hamparan anda kepada versi ini: Klik Pulihkan.

    • Duplikasikan versi ini dalam hamparan baru: Tekan kekunci Option dan klik "Pulihkan Salinan."

  4. Untuk membiarkan hamparan anda tanpa membuat sebarang perubahan, klik Selesai.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai mengeksport hamparan, lihat Simpan hamparan dalam format lain.