Simpan hamparan dalam format lain

Anda boleh menyimpan—atau mengeksport—hamparan Numbers sebagai fail ZIP atau PDF atau dalam format Microsoft Excel, CSV atau Numbers ’09. Pengeksportan ke format lain berguna apabila anda menghantar hamparan kepada orang lain yang mungkin menggunakan perisian berlainan daripada anda.

Apabila anda mengeksport, Numbers mencipta salinan hamparan anda dalam jenis fail yang ditentukan. Sebarang perubahan yang dibuat pada versi yang dieksport tidak mempengaruhi yang asal.

Eksport fail ZIP

Anda boleh mengeksport hamparan anda dalam format fail ZIP, yang memudahkan anda berkongsi hamparan anda menerusi pelbagai perkhidmatan web. Mencipta fail ZIP mengurangkan saiz fail dan menyingkirkan isu keserasian.

  1. Pilih Fail > Eksport Ke > Arkib ZIP (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda).

  2. Pilih lokasi untuk menyimpan hamparan anda, kemudian klik Eksport.

Eksport dalam format fail PDF, Excel, CSV atau Numbers ’09

  1. Pilih Fail > Eksport Ke > [format fail] (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda).

  2. Tentukan seting, yang berbeza bergantung pada jenis fail:

    • Kualiti imej: Untuk PDF, lebih tinggi kualiti imej, lebih besar saiz fail untuk salinan yang dieksport.

    • Perlindungan kata laluan: Untuk format fail PDF, Excel dan Numbers ’09, untuk melindungi fail dengan kata laluan, pilih kotak semak, kemudian masukkan maklumat yang diminta.

  3. Klik Seterusnya, taipkan nama, kemudian masukkan satu atau lebih tag (pilihan).

  4. Pilih tempat untuk menyimpan hamparan daripada menu pop timbul Tempat, kemudian klik Eksport.

Jika anda mahu menghantar salinan hamparan dalam format berlainan, anda boleh berbuat demikian semasa anda menghantarnya. Lihat Hantar salinan hamparan untuk maklumat lanjut.