Hantar salinan hamparan

Anda boleh menghantar salinan hamparan melalui e-mel, AirDrop atau Mesej. Penerima boleh membuka dan mengubahsuainya mengikut keinginan mereka pada komputer dan peranti mereka sendiri, tetapi perubahan mereka tidak akan mempengaruhi hamparan asal atau sebarang salinan hamparan yang lain.

Jika anda mahu mengehadkan akses kepada salinan atau menghalang penerima daripada mengubahsuainya, anda boleh melindunginya dengan kata laluan atau menguncinya.

Hantar salinan

  1. Klik Kongsi Butang Kongsi dalam bar alat (atau Butang Dikongsi jika anda telah berkongsi pautan ke hamparan di iCloud), pilih Hantar Salinan, kemudian pilih kaedah (E-mel, Mesej atau AirDrop).

    Jika anda masih belum menyimpan hamparan, dialog Simpan muncul.

  2. Pilih format hamparan, kemudian tentukan seting untuk format.

    Beberapa jenis fail menawarkan pilihan untuk kualiti imej, pilihan format atau kata laluan.

  3. Klik Seterusnya.

  4. Beri maklumat yang diperlukan untuk penghantaran (contohnya, alamat e-mel).

    Jika anda tidak mendaftar masuk ke akaun Mesej atau Mail, anda diminta untuk mendaftar masuk sebelum meneruskan.

Untuk AirDrop, penerima mesti menerima permintaan AirDrop anda sebelum hamparan dihantar.