
Buat asal dan buat semula perubahan
Anda boleh membuat asal sebarang perubahan dan kemudian membuatnya semula jika anda mahu.
Buat asal dan buat semula tindakan
Buat asal tindakan terakhir: Pilih Edit > Buat Asal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda) atau tekan Command-Z.
Buat semula tindakan terakhir yang anda membuat asal: Pilih Edit > Buat Semula (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda) atau tekan Command-Shift-Z.
Jika anda membuka hamparan sedia ada, mengeditnya, kemudian memutuskan anda tidak mahu menyimpan sebarang perubahan anda, anda boleh mengembalikan hamparan kepada keadaan sebelumnya.