Gantikan ruang letak templat
Kebanyakan templat Numbers mengandungi carta, jadual, teks dan imej ruang letak yang boleh anda edit, gantikan atau padam.
Gantikan teks ruang letak
Pilih teks, kemudian masukkan teks anda sendiri.
Gantikan imej ruang letak
-
Klik pada imej ruang letak untuk melihat foto anda daripada iPhoto atau Aperture, kemudian klik foto yang anda mahukan.
Anda juga boleh menyeret imej daripada Finder ke atas imej ruang letak.
Untuk menukar bahagian imej yang kelihatan, saiz semula topeng untuk imej.
Untuk mengeluarkan ruang letak sepenuhnya, pilihnya, kemudian tekan Padam.