Numbers sekilas pandang
Numbers memudahkan anda menghasilkan hamparan yang cantik dan menarik. Mulakan dengan salah satu templat, kemudian ubah suainya mengikut kesukaan anda. Setiap templat datang dengan gaya yang telah direka bentuk —set warna, jidar, kesan yang diselaraskan dan seterusnya—untuk objek seperti jadual, carta, teks, bentuk dan banyak lagi.
Apabila anda memilih objek, anda melihat kawalan untuk menukar rupanya, dalam Pemeriksa Format. Ia hanya menunjukkan kawalan yang anda perlukan untuk objek yang dipilih.
Pemeriksa Format memaparkan enam gaya untuk objek yang dipilih; klik gaya untuk menukar rupa objek dengan cepat.
Gunakan kawalan lain dalam pemeriksa Format untuk menyesuaikan objek. Anda boleh menyimpan perubahan anda sebagai gaya baru, agar ia sentiasa tersedia untuk anda dalam pemeriksa Format. Anda juga boleh menyimpan keseluruhan hamparan sebagai templat baru.
Jika anda mahu melihat hamparan anda tanpa Pemeriksa Format terbuka, klik Format dalam bar alat untuk menutupnya.