Sesuaikan app anda
Anda boleh menyesuaikan tetingkap Numbers untuk membantu anda mencipta dan menyusun hamparan anda dengan lebih baik.
Zum masuk atau keluar
Anda boleh memperbesarkan (zum masuk) atau kurangkan (zum keluar) paparan helaian anda. Contohnya, zum keluar apabila anda mahu bekerja pada tataletak carta anda; zum masuk untuk memfokus pada mengedit jadual.
Pilih paras zum daripada menu pop timbul Zum dalam bar alat.
Setkan paras zum lalai
Secara lalai, hamparan Numbers dibuka pada 125%, tetapi anda boleh menukar seting tersebut.
Pilih Numbers > Keutamaan (daripada menu Numbers di bahagian atas skrin komputer anda).
Dalam seksyen Umum, pilih peratusan daripada menu pop timbul Zum Lalai.
Sesuaikan bar alat
Bar alat memberi anda akses pantas kepada alat yang anda perlukan dan tindakan yang anda lakukan dalam Numbers. Sambil anda menemui tindakan yang paling kerap anda lakukan, anda boleh menambah, mengeluarkan dan menyusun semula butang bar alat agar sesuai dengan gaya kerja anda.
Pilih Paparan > Sesuaikan Bar Alat (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin komputer anda).
-
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Tambah atau keluarkan item daripada bar alat: Seret item ke bar alat untuk menambahnya. Seret item menjauhi bar alat untuk mengeluarkannya.
-
Susun semula item dalam bar alat: Seret item untuk menyusunnya semula.
Butang pemeriksa Format dan Isih & Tapis bergerak bersama; anda tidak boleh memisahkannya.
Reset bar alat: Untuk mengembalikan bar alat ke set item lalai, seret set di bahagian bawah tetingkap pada bar alat.
Sembunyikan nama ikon: Pilih Ikon Sahaja daripada menu pop timbul di bahagian bawah tetingkap. Secara lalai, Numbers menunjukkan ikon dan teks.
Klik Selesai.
Anda juga boleh menyembunyikan bar alat dengan memilih > Sembunyikan Bar Alat; untuk menunjukkannya sekali lagi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Alat.
Tunjukkan atau sembunyikan pemeriksa
Anda boleh menyembunyikan pemeriksa Format dan Isih & Tapis jika anda mahukan lebih banyak ruang untuk hamparan anda dalam tetingkap Numbers.
Pilih Paparan > Pemeriksa > Sembunyikan Pemeriksa (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin komputer anda, bukannya dalam bar alat).
Jika pemeriksa tersembunyi, pilih Paparan > Pemeriksa > Tunjukkan Pemeriksa untuk memaparkannya atau klik Format atau Isih & Tapis dalam bar alat.