Susun hamparan dengan helaian
Anda boleh menambah berbilang helaian (atau tab) pada hamparan untuk membantu anda menguruskan jadual, carta anda dan maklumat lain dengan lebih baik. Contohnya, anda boleh mengasingkan perancangan parti anda kepada helaian untuk belanjawan, senarai tetamu, maklumat vendor dan senarai tugas.
Susun helaian
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Namakan semula helaian: Dwiklik namanya, kemudian taipkan nama baru.
Duplikasikan helaian: Gerakkan penuding ke sebelah kanan tab, kemudian klik anak panah yang muncul, kemudian pilih Duplikasikan.
-
Padamkan helaian: Gerakkan penuding ke sebelah kanan tab, kemudian klik anak panah yang muncul, kemudian pilih Padam.
Petua: Anda juga boleh menggunakan tab untuk melompat ke jadual atau carta khusus pada helaian, yang amat berguna untuk helaian yang sangat besar. Gerakkan penuding ke sebelah kanan tab, kemudian klik anak panah yang muncul, kemudian pilih jadual atau carta.