Alihkan, saiz semula dan pusing carta
Anda boleh memanipulasikan carta pada helaian untuk menjadikan helaian kelihatan seperti yang anda inginkan.
Alihkan carta
-
Seret carta ke tempat yang anda mahukan pada helaian.
Semasa anda menyeret, panduan penjajaran kuning membantu anda menempatkan carta secara relatif kepada objek lain pada helaian. Panduan penjajaran diaktifkan secara lalai dalam Numbers. Anda boleh menyahaktifkannya dalam anak tetingkap Pembaris pada keutamaan Numbers.
Saiz semula carta
Pilih carta, kemudian seret mana-mana pemegang pilihan (segi empat putih) pada jidar carta untuk menjadikan carta lebih besar atau lebih kecil.
Untuk mengesetkan saiz carta khusus untuk carta, klik mana-mana dalam carta. Dalam anak tetingkap Susun pada Pemeriksa format, taipkan nilai dalam medan Lebar dan Tinggi.
Pusing carta 3D
Anda boleh memusing carta 3D untuk melaraskan sudut dan orientasinya.
Pilih carta.
Seret kawalan putaran pada carta untuk memutarnya sehingga ia dalam orientasi yang anda mahukan.
Jika anda tidak dapat mengedit carta, ia mungkin telah dikunci. Untuk mengedit teks, anda mesti membuka kunci.