Cipta carta interaktif
Carta interaktif mempersembahkan data dalam peringkat agar anda boleh menekankan perhubungan antara kumpulan data. Anda boleh menggunakan carta interaktif untuk menunjukkan data seperti jualan oleh kumpulan sepanjang satu tempoh masa, perbelanjaan oleh jabatan dan perubahan populasi mengikut negara dalam setiap benua. Contoh di bawah menunjukkan pertumbuhan tiga spesies semasa tempoh tiga tahun.
Cipta carta interaktif
Klik Carta dalam bar alat, klik Interaktif, kemudian klik gaya carta.
Klik Tambah Data Carta di bawah carta. Jika anda tidak nampak Tambah Data Carta, pastikan carta dipilih.
-
Klik sel jadual dengan data yang anda mahu gunakan. Seret untuk memilih julat sel; untuk menambah data daripada keseluruhan baris atau lajur, kemudian klik bar untuk baris atau lajur tersebut.
Anda boleh memilih sel daripada satu atau lebih jadual, termasuk jadual pada helaian berlainan. Semasa mengedit rujukan data carta, muncul pada tab untuk sebarang helaian yang mengandungi data yang digunakan dalam carta.
-
Untuk menukar sama ada baris atau lajur diplotkan sebagai siri data, pilih pilihan daripada menu pop timbul dalam bar di bahagian bawah tetingkap. Siri data sentiasa diplotkan dalam carta interaktif, tetapi setiap set data dipaparkan secara berasingan.
Ketik Selesai di bawah tetingkap.
Lihat set data lain
Anda boleh berinteraksi dengan carta menggunakan gelangsar dan butang atau butang sahaja.
Dalam anak tetingkap Carta pada Pemeriksa Format, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Carta Interaktif.
Pilih pilihan daripada menu pop timbul.