Formatkan teks bahasa Cina, Jepun atau Korea
Anda boleh memasukkan teks dalam banyak bahasa berlainan, termasuk beberapa sistem penulisan berlainan untuk bahasa Cina, Jepun dan Korea, menggunakan papan kekunci antarabangsa yang tersedia pada Mac anda. Numbers menyediakan beberapa ciri pemformatan teks khusus bahasa, termasuk gaya penekanan, gaya senarai dan panduan fonetik. Pilihan pemformatan yang tersedia bergantung pada bahasa yang anda gunakan.
Untuk hasil terbaik, gunakan fon yang disyorkan ini:
Bahasa Cina Mudah: Heiti SC
Bahasa Cina Tradisional: Heiti TC
Bahasa Korea Apple Gothic
Bahasa Jepun: Hiragino Kaku Gothic untuk fon sans serif atau Hiragino Mincho untuk serif
Arahan ini menganggap yang anda sudah mendayakan sekurang-kurangnya satu daripada papan kekunci bahasa Cina, Jepun, atau Korea dalam Mac anda. Untuk mendayakan papan kekunci antarabangsa, buka Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Sumber Input.
Tambah tanda penekanan Bahasa Cina, Jepun atau Korea
Anda boleh tambah tanda penekanan yang biasa digunakan dalam teks bahasa Cina, Jepun, atau Korea. Sebagai contoh, dengan menggunakan papan kekunci bahasa Cina, anda boleh menggunakan titik Boten di bawah atau di atas teks, atau garis bawah beralun. Dengan teks Bahasa Jepun anda boleh menambah titik biasa atau titik bijan
Tukar papan kekunci anda ke papan kekunci Bahasa Cina, Jepun, dan Korea.
Pilih teks Bahasa Cina, Jepun atau Korea (satu atau lebih aksara), kemudian klik Gaya dalam anak tetingkap Teks pada Pemeriksa format.
-
Untuk menggunakan tanda pemformatan pada teks yang dipilih, klik tanda penekanan.
Pilihan pemformatan yang tersedia bergantung pada papan kekunci semasa.
Gunakan gaya senarai Bahasa Cina, Jepun atau Korea
Gaya senarai Bahasa Cina, Jepun, dan Korea boleh digunakan untuk menulis dalam sebarang bahasa. Hanya sistem bulet atau penomboran sahaja yang berubah.
-
Untuk senarai dengan teks Inggeris, taipkan pengecam senarai pertama (contohnya, 1 atau A).
Untuk senarai dengan teks Cina, Jepun, atau Korea, tukar papan kekunci anda kepada bahasa yang anda inginkan, kemudian taipkan pengecam senarai pertama (contohnya, 가).
Masukkan noktah atau kurungan diikuti dengan ruang.
-
Masukkan item senarai pertama, kemudian tekan Return.
Numbers mengesan secara automatik bahawa anda sedang menaip senarai. Anda boleh terus menggunakan papan kekunci Cina, Jepun atau Korea untuk menyelesaikan senarai anda.
-
Jika anda memasukkan senarai dengan teks bahasa Inggeris tetapi gaya senarai bahasa Cina, Jepun atau Korea, klik gaya senarai dalam anak tetingkap Teks pada pemeriksa Format.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Bulet & Senarai untuk mendedahkan lebih banyak pilihan.
Gaya yang tersedia dipersembahkan bergantung pada papan kekunci yang didayakan.
Sediakan panduan fonetik bersama-sama teks
Jika anda telah mendayakan papan kekunci Bahasa Cina, Jepun, atau Korea, anda boleh menggunakan panduan fonetik ke atas perkataan yang ditulis dalam sebarang bahasa. Panduan fonetik memberi maklumat sebutan bagi membantu pembaca.
-
Pilih teks, termasuk satu atau lebih aksara.
Jangan masukkan semua pemisah perenggan atau tanda baca yang mengekor dalam teks yang anda pilih.
-
Control-klik teks yang dipilih, kemudian pilih Teks Panduan Fonetik daripada menu pintasan.
Anda boleh memilih Format > Teks Panduan Fonetik (daripada menu Format di bahagian atas skrin komputer anda).
Panduan fonetik akan muncul dengan teks yang dipilih.
-
Untuk menukar teks panduan fonetik, pilih salah satu pilihan.
Pilihan fonetik bergantung pada papan kekunci yang didayakan.
Klik mana-mana di luar tetingkap Teks Panduan Fonetik untuk menggunakan teks yang anda pilih dan tutup tetingkap.
Tukar atau keluarkan teks panduan fonetik
Selepas anda menambah panduan teks fonetik, anda boleh mengubah bahasanya atau mengeluarkannya.
-
Control-klik teks perkataan dengan teks panduan fonetik, kemudian pilih Teks Panduan Fonetik daripada menu pintasan.
Anda juga boleh memilih perkataan, kemudian pilih Format > Teks Panduan Fonetik (daripada menu Format di bahagian atas skrin komputer anda).
-
Masukkan teks yang anda mahu gunakan atau pilih salah satu pilihan.
Pilihan fonetik tersedia bergantung pada papan kekunci yang didayakan.
Untuk mengeluarkan teks panduan, klik Keluarkan.
Anda juga boleh mendwiklik teks, kemudian editnya; teks panduan fonetik dikeluarkan secara automatik.