Gantikan teks secara automatik
Anda boleh setkan Numbers untuk menggantikan teks tertentu secara automatik dengan teks yang anda tentukan. Contohnya, gantikan “teh” dengan “the” atau “(c)” dengan ©.
Gunakan pengganti teks
Pilih Edit > Penggantian > Tunjukkan Penggantian (daripada menu Edit berada di bahagian atas skrin komputer anda).
-
Dalam tetingkap Penggantian, pilih kotak semak Penggantian Teks, kemudian klik Keutamaan Teks.
Anak tetingkap Teks pada keutamaan Papan Kekunci terbuka dalam Keutamaan Sistem komputer anda.
Klik , kemudian taipkan teks yang anda mahu gantikan (seperti “teh”) dalam lajur Ganti.
-
Taipkan perkataan yang anda mahu gantikannya (seperti “the”) dalam lajur Dengan.
Klik di luar medan teks untuk menutup tetingkap.
Klik butang untuk menggantikan semua kejadian teks penggantian dalam hamparan atau hanya dalam teks yang dipilih.
Dengan Penggantian Teks diaktifkan untuk hamparan, tanda semak muncul bersebelahan Penggantian Teks dalam menu Penggantian. Anda boleh nyahpilih untuk menyahaktifkannya, tetapi teks sedia ada tidak akan berubah melainkan anda memilih teks yang mengandunginya, kemudian ikuti langkah-langkah di atas.
Nota: Seting penggantian teks anda digunakan pada aplikasi lain pada komputer anda, seperti TextEdit, yang turut menggunakan penggantian. Jika anda tidak mahu menggunakan penggantian teks, anda boleh menyahaktifkan penggantian teks untuk teks yang dipilih dalam tetingkap Penggantian.