Salin dan tampal teks
Untuk menggunakan semula teks dengan cepat, salin dan tampalnya.
Salin dan tampal teks
Pilih teks, kemudian pilih Edit > Salin (daripada menu Edit di bahagian atas skrin komputer anda).
Klik di tempat yang anda mahu tampalkan teks, kemudian Pilih Edit > Tampal.
Jika anda menyalin teks dan mahukan ia sepadan dengan gaya teks yang anda tampal, pilih Edit > Tampal dan Padankan Gaya.
Salin dan tampal gaya teks
Anda boleh menyalin gaya untuk teks yang dipilih sahaja dan menggunakan gaya tersebut pada teks lain.
Pilih teks, kemudian pilih Format > Salin Gaya (daripada menu Format di bahagian atas skrin komputer anda).
Pilih teks lain untuk menggunakan gaya, kemudian pilih Format > Tampal Gaya.