Cipta gaya objek
Jika anda menyesuaikan rupa objek dan mahu menggunakan perubahan yang sama ini pada objek lain dalam hamparan anda, anda boleh mencipta gaya baru. Gaya baru disimpan bersama-sama gaya yang datang dengan templat.
Tambah gaya baru
Pilih objek dengan perubahan yang anda mahu simpan sebagai gaya baru.
Dalam anak tetingkap Gaya pada pemeriksa Format, navigasi ke halaman gaya terakhir dengan mengklik anak panah di sebelah kanan gaya.
Klik untuk menambah gaya anda.
Susun dan padamkan gaya objek
Anda boleh menukar tertib gaya dalam anak tetingkap Gaya.
Klik dan tahan gaya yang anda mahu alihkan sehingga gaya berkelip.
-
Seret gaya ke lokasi baru.
Untuk mengalihkan gaya daripada satu anak tetingkap kepada yang lain, seretnya ke atas anak panah untuk membuka anak tetingkap lain, kemudian seretnya ke tempat yang anda mahukan.
Untuk memadamkan gaya, Control-klik padanya, kemudian pilih Padam Gaya.
Gantikan gaya objek
Untuk menukar rupa semua objek yang mempunyai gaya yang sama digunakan dengan cepat, tentukan semula gaya, kemudian gunakannya pada semua objek.
Pilih salah satu objek yang gayanya anda mahu tukar, kemudian ubah suai penampilannya agar ia kelihatan mengikut keinginan anda.
Pilih objek yang anda baru ubah suai (jika anda menyahpilihnya).
Dalam anak tetingkap Gaya pada pemeriksa Format, Control-klik gaya, kemudian pilih “Tentukan Semula Gaya daripada Pilihan.”
-
Klik OK.
Semua objek yang menggunakan gaya dikemas kini dengan gaya baru.