Tambah video dan audio
Anda boleh menambah video dan audio—fail muzik, senarai main daripada pustaka iTunes anda atau klip bunyi—pada helaian.
Nota: Fail audio dan video mestilah dalam format yang disokong oleh QuickTime. Jika anda tidak boleh menambah fail, cuba gunakan iMovie, QuickTime Player atau Compressor terlebih dahulu untuk menukar fail kepada format yang disokong. Untuk maklumat lanjut, pergi ke Format media yang disokong oleh pemain QuickTime Player.
Tambah video dan audio
-
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Seret fail media daripada Finder ke mana-mana pada helaian atau ke ruang letak imej.
Klik Media dalam bar alat, pilih Foto, Muzik atau Filem, kemudian pilih fail. Seret fail ke helaian.
Laraskan main balik media
Klik fail audio atau video pada helaian.
Dalam anak tetingkap Audio atau Filem pada Pemeriksa Format, seret gelangsar Kelantangan untuk melaraskan kelantangan main balik.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Edit Audio atau Edit Filem, kemudian seret gelangsar Pangkas untuk menukar panjang audio atau video.
-
Pilih pilihan daripada menu pop timbul Ulang:
Tiada: Media dimainkan sekali, kemudian dihentikan.
Gelung: Media dimainkan berterusan pada halaman sehingga anda beralih ke halaman seterusnya.
Gelung Ke Depan dan Belakang: Media dimainkan ke hadapan, kemudian dimainkan secara berundur. Media terus dimainkan ke depan dan belakang sehingga halaman berubah.