Tukar rupa objek
Anda boleh menukar rupa objek dengan mengubah suai jidar, mengisi warna, bayang dan banyak lagi. Numbers menyediakan banyak gaya objek yang sedia direka bentuk—set warna, jidar dan bayang yang diselaraskan—yang sepadan dengan templat hamparan. Anda boleh menukar rupa objek dengan cepat dengan menggunakan salah satu daripada gaya ini dan anda juga boleh memilih daripada rangkaian pilihan tambahan untuk menyesuaikan rupa objek.
Gunakan gaya pada objek
-
Pilih objek, kemudian klik gaya di bahagian atas anak tetingkap Gaya dalam pemeriksa Format.
Klik anak panah kiri atau kanan untuk melihat lebih banyak gaya.
Tukar kelutsinaran objek
Pilih objek.
Dalam anak tetingkap Gaya pada pemeriksa Format, klik butang gelangsar Kelegapan.
Tambah atau tukar jidar objek
Pilih objek.
Dalam anak tetingkap Gaya pada Pemeriksa Format, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Jidar, kemudian pilih jenis jidar daripada menu pop timbul.
Gunakan kawalan untuk melaraskan rupa jidar (pilihan berbeza-beza bergantung pada jenis jidar yang anda pilih).
Isi bentuk dengan warna atau gradien
Anda boleh mengisikan bentuk, kotak teks dan objek lain dengan warna padu atau gradien (dua atau lebih warna yang bercampur). Anda boleh memilih warna dan gradien yang direka agar sesuai dengan templat atau memilih rangkaian penuh warna untuk mencipta sendiri.
Pilih bentuk.
-
Dalam anak tetingkap Gaya pada Pemeriksa Format, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Gunakan warna atau gradien yang sesuai dengan templat: Klik perigi warna bersebelahan Isi, kemudian pilih warna atau gradien.
Gunakan isian gradien dua warna: Klik segi tiga pendedahan Isian, pilih Isian Gradien daripada menu pop timbul, kemudian pilih warna. Bahagian kiri perigi warna menunjukkan warna yang sepadan dengan templat; roda warna membuka tetingkap Warna, yang anda boleh memilih sebarang warna.
-
Gunakan gradien tersuai: Klik segi tiga pendedahan Isian, pilih Isian Gradien Lanjutan daripada menu pop timbul, kemudian klik hentian warna segi empat di bawah gelangsar untuk memilih warna. Anda boleh luncurkan hentian warna dan menggunakan kawalan lain untuk menukar adunan, sudut dan arah gradien.
Simpan isian tersuai
Anda boleh menyimpan isian tersuai untuk menggunakannya sekali lagi.
Pilih bentuk dengan isian yang anda mahu simpan.
-
Dalam anak tetingkap Gaya pada Pemeriksa Format, klik perigi warna bersebelahan Isian.
Tetingkap yang menunjukkan pilihan isian muncul.
-
Seret isian dalam perigi Isian Semasa ke sebarang perigi lain dalam tetingkap untuk menggantikannya.
Sesetengah isian tidak dapat digantikan. Untuk menukar isian yang boleh anda gantikan, klik menu pop timbul jenis isian dan pilih pilihan lain (contohnya, Isian Gradien Lanjutan).
Tambah isian imej pada bentuk
Anda boleh mengisi bentuk, kotak teks dan objek lain dengan imej.
Pilih bentuk.
Dalam anak tetingkap Gaya pada Pemeriksa Format, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Isian.
Pilih Isian Imej atau Isian Imej Lanjutan jika anda mahu menambah tinta warna pada imej, daripada menu pop timbul.
Klik Pilih, navigasi ke foto anda, kemudian dwiklik imej untuk menambahnya.
-
Jika anda memilih Isian Imej Lanjutan untuk mencipta imej berwarna, klik perigi warna (ke sebelah kanan butang Pilih) untuk memilih tinta warna.
Seret gelangsar Kelegapan dalam tetingkap Warna untuk menjadikan warna lebih gelap atau lebih cerah.
-
Untuk menukar cara imej mengisi objek, pilih pilihan daripada menu pop timbul di atas butang Pilih:
Saiz Asal: Meletakkan imej di dalam objek tanpa mengubah dimensi asal imej.
Regang: Mensaizkan imej agar muat pada dimensi objek.
Jubin: Mengulangi imej di dalam objek.
Skalakan untuk Mengisi: Jadikan imej lebih besar atau kecil agar tiada ruang tertinggal di sekeliling imej.
Skalakan agar Muat: Saiz semula imej agar muat pada dimensi objek sebaik mungkin.
Tambah bayang
Anda boleh menambah bayang pada siri carta, bentuk, kotak teks dan imej.
Pilih bentuk, kotak teks atau imej.
-
Dalam anak tetingkap Gaya pada Pemeriksa Format, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Bayang, kemudian pilih jenis bayang daripada menu pop timbul.
Bayang Jatuh: Menjadikan objek kelihatan seperti ia terapung di atas helaian.
Bayang Sentuhan: Menjadikan objek kelihatan seperti berdiri di atas helaian.
Bayang Melengkung: Menjadikan objek kelihatan seperti sisinya digulung.
-
Laraskan mana-mana daripada berikut untuk menukar rupa bayang:
Kabur: Kelembutan pinggir bayang.
Ofset: Jarak antara bayang dan objek atau teks.
Sudut: Sudut bayang.
Perspektif: Sudut sumber cahaya dalam bayang sentuhan.
Tambah pantulan
Anda boleh menambah pantulan pada siri carta, bentuk, kotak teks dan imej.
Pilih bentuk, kotak teks atau imej.
Dalam anak tetingkap Gaya pada Pemeriksa Format, pilih kotak semak Pantulan, kemudian seret gelangsar yang muncul untuk membuatkan pantulan hampir kelihatan.