Kunci hamparan
Anda boleh mengunci hamparan agar ia tidak boleh diedit, dialihkan, dipadamkan atau dinamakan semula.
Kunci dan buka kunci hamparan
Ketik nama hamparan di bahagian atas tetingkap.
Pilih kotak semak Dikunci untuk mengunci hamparan atau nyahpilih kotak semak tersebut untuk membuka kunci hamparan.
Klik di luar dialog untuk menutupnya.
Mengunci hamparan tidak sama dengan melindunginya dengan kata laluan—sesiapa sahaja boleh membuka kunci hamparan.