Padamkan hamparan
Anda boleh memadamkan hamparan daripada Mac anda atau daripada iCloud. Memadamkan hamparan daripada iCloud mengeluarkannya daripada semua peranti anda yang diselaraskan dengan iCloud dan mengalihkannya ke Sampah pada komputer anda.
Padamkan hamparan
Pilih Fail > Buka (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda).
Pilih sama ada iCloud atau Pada Mac Saya.
Seret hamparan ke ikon Sampah dalam Dock anda.
Hamparan tidak dipadamkan daripada komputer anda sehingga anda mengosongkan sampah anda.