Pindahkan hamparan ke atau dari iCloud
Jika anda telah menyediakan iCloud pada Mac anda, Numbers menyimpan hamparan anda secara automatik ke iCloud.
Anda boleh menukar lokasi hamparan, memindahkannya daripada iCloud ke Mac anda atau daripada Mac anda ke iCloud.
Tukar lokasi hamparan
Pilih Fail > Alihkan Ke (daripada menu Fail di bahagian atas skrin komputer anda, pilih lokasi baru daripada menu pop timbul Tempat, kemudian klik Alih.